KUALA TERENGGANU: Bermula bulan ini, rakyat bakal menikmati kualiti tepung gandum bersubsidi yang lebih baik melalui pelaksanaan fortifikasi (penambahan nutrien dalam makanan) asid folik dan zat besi dalam bekalan bahan berkenaan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5 juta setahun bagi memastikan rakyat mendapat manfaat dan kualiti setara dengan pelbagai jenama tepung gandum tidak bersubsidi yang dijual di pasaran.
Beliau berkata walaupun telah ditambah baik, harga jualan tepung gandum bersubsidi yang dilabel dengan tepung gandum kegunaan am kekal dijual pada harga RM1.35 sekilogram untuk tidak membebankan pengguna.
"Pelaksanaan fortifikasi ini melibatkan kos tambahan ditanggung kerajaan sebanyak lima sen bagi setiap kilogram tepung gandum atau RM5 juta setahun.
"Setiap tahun kerajaan menetapkan kuota tepung gandum bersubsidi sebanyak 100,000 tan matrik setahun dan kekal ke hari ini," katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Masjid Pradong di sini, semalam.
Pada lawatan itu, Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu turut menyumbang lima kerusi roda dan dua router wifi untuk kegunaan masjid berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Rosol berkata pihaknya sentiasa memantau harga bekalan makanan terutama menjelang Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada 20 Julai ini.
Menurut beliau, berdasarkan pemantauan setiap hari oleh lebih 2,000 anggota penguat kuasa, semua harga barangan masih terkawal dan tidak berlaku peningkatan kecuali bagi bekalan telur yang dilaporkan meningkat sedikit kebelakangan ini.
"Bagaimanapun saya sudah mengarahkan pegawai untuk membuat siasatan termasuk di ladang untuk mendapatkan punca kenaikan.
"Untuk barangan lain, tiada kenaikan ketara dan bekalan juga dijamin mencukupi untuk Raya Haji ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 18 2021
Rosol (dua, kanan) memantau tepung gandum bersubsidi yang dijual di sebuah kedai runcit ketika ditemui di Kampung Peradong, Kuala Terengganu, 17 Julai, 2021. --fotoBERNAMA
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Miskin tegar di Terengganu akan dinoktahkan dalam tempoh dua bulan
Setakat 2 Mei, terdapat sebanyak 1,663 keluarga di negeri ini masih berada dalam kelompok miskin tegar.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Buruh dipenjara tujuh bulan cabul rakan baru dikenali
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Ahad kerana mencabul kehormatan rakan wanita baru dikenalinya.
Guru wanita cedera ditumbuk, ditendang guru lelaki
Seorang guru wanita cedera selepas dipukul rakan setugasnya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Kemaman pada Ahad.
Rugi lebih RM200,000 kebun harum manis terbakar
Tengku Mohammad Kamal Hishamudin, 29, berkata, dia mengetahui kebun miliknya itu terbakar selepas dihubungi oleh seorang pekerjanya.
Ibu tunggal di Terengganu jadi wanita pertama disebat kerana berkhalwat
Seorang wanita berstatus janda didenda RM4,000 selepas disabitkan kesalahan berkhalwat kali kedua di sebuah rumah di Kemaman.
Mayat bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas
Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, di sini semalam.